Tuesday, 11 October 2011

Berita/Hebahan

MAJLIS RAMAH MESRA, DIALOG DAN CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK ISLAM EMERALD EAST

Pihak Pengurusan Surau Al-Muhtadin akan menganjurkan satu majlis perjumpaan dengan anak-anak kariah di Emerald East pada hari Ahad, 16 Oktober 2011 di perkarangan surau bermula pada pukul 10.30 pagi. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan sillatulrahim antara anak-anak kariah. Bagi anak-anak kariah yang baru menetap di kariah ini, sewajarnya mengambil peluang ini untuk berkenalan dan beramah mesra dengan anak-anak kariah yang lain. Bagi anak-anak kariah yang telah lama menjadi penghuni di sini, lapangkanlah dada untuk menerima saudara-saudara kita itu supaya kehidupan kita di Emerald East ini menjadi aman dan damai.
Dalam majlis tersebut juga, anak-anak kariah akan diberikan peluang untuk berdialog dengan pihak pengurusan surau tentang pelbagai perkara. Dialog tersebut adalah terbuka dan anak-anak kariah boleh bertanyakan sebarang soalan sama ada berkaitan pengurusan surau, perlantikan ahli jawatankuasa, ceramah dan sebagainya. InsyaAllah, pihak pengurusan surau bersedia untuk menerima sebarangan cadangan dan juga kritikan.
Selain itu, perjumpaan tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada anak-anak kariah berhubung cadangan penubuhan Persatuan Penduduk Islam Emerald East. Pihak pengurusan surau hanya mengemukakan cadangan penubuhan persatuan tersebut dan terpulang kepada anak-anak kariah untuk membuat keputusannya kelak. Sekiranya diterima, maka satu jawatankuasa sementara akan ditubuhkan untuk merealisasikan idea penubuhan tersebut. Oleh itu, kehadiran anak-anak kariah amat dialu-alukan supaya satu keputusan yang jitu dapat dicapai.    

No comments: