Wednesday, 19 October 2011

berita/hebahan

IBADAH QURBAN 1432 HIJRAH

Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Surau Al-Muhtadin sekali lagi akan menganjurkan ibadah Qurban seperti kebiasaannya. Ibadah tersebut akan dilaksanakan selepas Solat Aidil Adha, 6 November 2011 (Hari Ahad).
Sehubungan itu, semua anak kariah dijemput untuk mengambil bahagian dalam ibadah tersebut. Kadar satu bahagian qurban pada tahun ini ialah RM 400.00.
Sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan terus kepada jawatankuasa surau melalui:
              1. En. Abu Bakar (S/Usaha)         -    017 2958722
              2. En. Fishol Hamdi (AJK)            -    019 3342477
              3. En. Badrul (AJK)                       -    013 6296296

Anda juga boleh mengisi borang penyertaan Ibadah Qurban 1432 Hijrah yang diedarkan sebelum ini dan kembalikannya kepada mana-mana ahli jawatankuasa.
Semua bayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Oktober 2011.

No comments: