Surau Al-Muhtadin akan menganjurkan satu majlis perdana pada hari Khamis, 25 Ogos 2011. Program akan dimulakan dengan majlis berbuka puasa untuk anak-anak kariah Emerald East dan tetamu-tetamu luar termasuk anak-anak tahfiz bimbingan Utz. Ali Omar. Selesai majlis berbuka puasa, program akan disambungkan lagi dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli majlis tahlil dan doa selamat anjuran Pengerusi Surau Al-Muhtadin, Dato' Hj. Ab. Rahim Abu Bakar.
Kemudian, anak-anak kariah dan tetamu jemputan akan menunaikan solat Isyak secara berjemaah sebelum dikuti solat sunat terawih seperti biasa. Pada malam tersebut sesi tazkirah tidak diadakan.
Program seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada ahli-ahli tadarus yang telah selesai mengkhatam al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Majlis juga akan turut menyampaikan sumbangan kepada ketiga-tiga imam tahfiz, iaitu Utz. Firdaus, Utz. Solehuddin dan Utz. Lokman. Kemudian diikuti dengan sesi pemberian duit raya kepada kanak-kanak Emerald East. Majlis penyampaian hadiah, sumbangan dan duit raya tersebut akan diserikan dengan lagu-lagu nasyid oleh Kumpulan Marhaban Surau Al-Muhtadin.
No comments:
Post a Comment