Selasa, 2 Ogos - Kaunter bayaran zakat fitrah telah dibuka di Surau Al-Muhtadin setiap hari, iaitu selepas solat Maghrib dan solat sunat terawih. Anak kariah boleh membayarnya melalui amil yang dilantik, iaitu Tuan Haji Radzi Saad, imam surau. Bayaran yang ditetapkan bagi zakat fitrah di negeri Selangor ialah RM7.00 seorang. Anak-anak kariah dinasihati supaya bersegera dalam melunaskan tanggungjawab ini bagi mengelakkan sebarang masalah kemudian hari.
TAHLIL ARWAH SEPANJANG RAMADHAN
Selasa, 2 Ogos - Pihak AJK surau mengalu-alukan anak kariah yang berhasrat mengadakan tahlil arwah untuk dihadiahkan kepada kaum keluarga yang telah meninggal dunia. Sesiapa yang berhasrat berbuat demikian, bolehlah mengembalikan Borang Tahlil dan Tajaan Moreh yang telah pun diedarkan ke setiap premis muslim di Emerald East. Borang tersebut juga boleh didapati di surau ataupun mendapatkannya daripada AJK surau. Bayaran bagi setiap permohonan tahlil ialah RM150.00. Tahlil arwah akan diadakan selepas solat sunat terawih dan diikuti dengan jamuan moreh.

No comments:
Post a Comment