Monday, 1 August 2011

Berita Terkini

SOLAT SUNAT TERAWIH DAPAT SAMBUTAN

Isnin 1 Ogos - Surau Al-Muhtadin sekali lagi mencipta sejarah apabila dibanjiri jemaah yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat terawih pada malam pertama Ramadhan malam tadi. Lebih 200 orang jemaah, termasuk jemaah dari luar kariah Emerald East telah hadir untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Sebelum menunaikan solat sunat terawih, jemaah terlebih dahulu menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Lokman Che Mat. Kemudian, barulah diikuti solat sunat terawih yang diimamkan oleh Ustaz Firdaus. Solat sunat terawih diadakan sebanyak 8 rakaat.
InsyaAllah, malam ini dan malam-malam seterusnya program solat sunat terawih akan berlangsung seperti dirancangkan.

No comments: