Monday, 25 July 2011

Berita/Hebahan

TAZKIRAH SEPANJANG RAMADHAN

Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti, program tazkirah akan diadakan pada setiap malam bermula pada malam Isnin (1 Ogos 2011) selama 20 malam berturut-turut. Pihak surau akan mengundang beberapa tokoh agama dan ustaz dari luar kariah untuk menyampaikan tazkirah pada malam-malam tersebut. Antara tokoh-tokoh agama dan ustaz yang dijemput ialah Ustaz Ali (Imam Satu Masjid Bandar Country Home), Ustaz Fadhil Ayob (penceramah bebas), Ustaz Radzuan (Penceramah bebas), Dr. Abdul Latif dan beberapa orang lagi.

Sesi program tazkirah akan diadakan pada pertengahan solat terawih, iaitu selepas jemaah menyelesaikan 4 rakaat daripada 8 rakaat solat terawih yang ditetapkan pada setiap malam. Untuk mengetahui jadual tazkirah sepanjang bulan Ramadhan, sila klik Tazkirah Ramadhan 



IMAM TERAWIH

Pihak surau telah memutuskan untuk menggunakan khidmat 3 orang imam al-hafiz bagi mengetuai solat terawih sepanjang bulan Ramadhan nanti. Mereka akan mengimamkan solat secara bergilir-gilir. Ketiga-tiga mereka ialah Ustaz Firdaus, Ustaz Solehuddin dari Songkhla, Selatan Thailand dan Ustaz Lokman Che Mat.

Bagi mengamarakkan bulan Ramadhan yang mulia ini, semua anak kariah Emerald East dijemput untuk menunaikan solat terawih berjemaah di Surau Al-Muhtadin.    

No comments: