Monday, 25 July 2011

Berita/Hebahan

Berita/Hebahan 1

Latihan Marhaban di Rumah Puan Su

Ahad 24 Julai - Selepas mengadakan latihan di rumah Puan Roshana (Amethyst 2) pada 17 Julai, kumpulan marhaban Surau Al-Muhtadin telah bertandang ke rumah Puan Su (En Bakar Samin) di No. 5, Jalan KE4/8, Emerald East. Di rumah Puan Su, kumpulan ini memulakan latihan marhaban kira-kira pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 5.30 ptg. Di samping itu, kumpulan ini turut mengadakan majlis bacaan yassin, tahlil dan doa sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak tidak lama lagi. Sila klik Ya Marhaban (gambar dan video belum dimasukkan lagi) untuk melihat gambar-gambar kumpulan ini bermarhaban.




Berita/Hebahan 2

Marhaban: Cuti Sebulan Tapi Sudah Bersedia!

Kumpulan marhaban ini akan bercuti menjalani latihan sepanjang bulan Ramadhan nanti. InsyaAllah, latihan akan disambung semula seperti biasa selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Di samping itu, kumpulan ini juga telah bersedia untuk menerima jemputan daripada anak-anak kariah Surau Al-Muhtadin yang berhasrat mengadakan majlis berendoi, khatam al-Quran dan sebagainya. Buat masa ini tiada sebarang bayaran yang dikenakan bagi mana-mana jemputan di sekitar Emerald East. Jika anda berhasrat menjemput kumpulan marhaban Surau Al-Muhtadin mengadakan marhaban, bacaan yassin ataupun doa selamat, sila hubungi Pn. Mazlanah (017 3151238)

No comments: