Tuesday, 19 July 2011

Berita Terkini

JRB JUARA CABARAN SEPAKTAKRAW SURAU AL-MUHTADIN 2011!!

Ahad 17 Julai - Pasukan JRB yang dianggotai Johari (killer), Dato' Rahim (tekong) dan Bakar Samin (feeder) telah berjaya muncul sebagai juara edisi pertama Cabaran Sepaktakraw Surau Al-Muhtadin 2011 yang berlangsung di gelanggang takraw surau. Dalam pertandingan akhir, JRB berjaya menewaskan pasukan 1TOP3 yang diwakili Zulkifli (killer), Hawari (tekong) dan Firdaus Imam (feeder) dengan permainan rubber set.
          Bagi merebut tempat ketiga, pasukan SIAMMAI yang diwakili Razak (killer), Salim Shahdan (tekong) dan Mazlan (feeder) telah ditewaskan oleh pasukan HARIMAU BERANTAI yang ketuai oleh Pak Tuan (killer), Zul (tekong) dan Wan (feeder). Manakala tempat kelima pula ialah pasukan BAZOOKA (Mazni, Sobri dan Cikgu Sham) dan pasukan KPN (Jefreey, Anuar dan Zubir) menduduki tempat keenam.
         Selaku juara, pasukan JRB membawa pulang piala pusingan, hamper dan wang tunai RM300.00. Pasukan 1TOP3 pula mendapat hamper dan wang tunai RM200.00, manakala pasukan HARIMAU BERANTAI pulang dengan hamper dan wang tunai RM100.00.
         Pasukan-pasukan yang menduduki tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana turut mendapat hamper sebagai penawar hati. Lain kali boleh cuba lagi!
      Pertandingan yang bermula kira-kira pukul 8 pagi itu berakhir dengan majlis penyampaian hadiah yang berlangsung selepas solat zohor. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Azizan, selaku wakil surau. 
      Menurut Ketua Biro Riadah dan Rekreasi, Sdr. Mazni Abdul Mutalib, cabaran sepaktakraw ini akan dijadikan acara tahunan aktiviti surau dan diharapkan penyertaannya akan bertambah lagi pada masa depan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato' Rahim di atas kesudian menaja hadiah-hadiah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam Cabaran Sepaktakraw Surau Al-Muhtadin 2011 kali ini.

          Untuk mengetahui kehebatan 'orang-orang lama' mengangkat dan melibas bola, sila klik Takraw

No comments: