Friday, 15 July 2011

Berita/Hebahan

Berita/Hebahan 1
PROGRAM GOTONG-ROYONG

Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan Islam

Satu program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam Raudatul Firdaus, Jalan Kuala Garing akan diadakan pada hari Ahad, 17 Julai 2011 bersamaan 15 Syaaban 1432. Program akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Membersihkan Masjid Nurul Iman

Satu program gotong-royong membersihkan Masjid Nurul Iman, Rawang akan diadakan pada Ahad, 24 Julai 2011 bersamaan 22 Syaaban 1432. Program akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Semua anak kariah Masjid Nurul Iman dijemput hadir dalam kedua-dua program tersebut. Anda juga diminta membawa peralatan yang sesuai pada hari berkenaan.

Berita/Hebahan 2
CABARAN SEPAKTAKRAW SURAU AL-MUHTADIN 2011

Satu pertandingan sepaktakraw antara anak-anak kariah Surau Al-Muhtadin akan diadakan pada hari Ahad, 17 Julai 2011 di gelanggang takraw Surau Al-Muhtadin. Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Riadah dan Rekreasi. Ia akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari untuk peringkat kumpulan dan separuh akhir. Pertandingan akan disambung pada sebelah petang untuk menentukan kejuaraan, di samping mencari pemenang untuk tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam.
        Cabaran julung kali ini disertai oleh enam pasukan, iaitu SIAMMAI, BAZOOKA, HARIMAU BERANTAI, JRB, KPN dan 1TOP3. Lebih separuh tekong, fidder ataupun killer terdiri daripada 'orang-orang lama'.
              Hadiah lumayan! Wang tunai + Hamper + Piala Pusingan

              Orang ramai dijemput hadir untuk memberikan sokongan.

Berita/Hebahan 3
LATIHAN MARHABAN

Latihan marhaban akan diadakan pada hari Ahad, 17 Julai 2011 pukul 2.30 petang. Kali ini, latihan akan diadakan di rumah Puan Roshana, No. 19, Jalan KE 2/2. Amethyst 2.

Anda yang berminat bolehlah menghadirkan diri dan sama-sama menjayakannya.   

No comments: