Monday, 26 December 2011

 
 GARIS PANDUAN BIRO KEBAJIKAN, KHAIRAT DAN KEMATIAN
SURAU AL-MUHTADIN, EMERALD EAST, RAWANG, SELANGOR

1.0       NAMA DAN ALAMAT
1.1       Biro Kebajikan, Khairat dan Kematian Surau Al-Muhtadin
5160 Persiaran Kota Emerald, Emerald East, 48000 Rawang, Selangor.

Telefon:
012-614 8062 - Dato’ Hj Ab Rahim - Pengerusi
017-295 8722 - Encik Abu Bakar - Setiausaha
019-277 4411 - Encik Abdul Rashid - Biro Kebajikan, Khairat dan Kematian
012-454 9559 - Puan Romayah - Biro Kebajikan, Khairat dan Kematian


2.0       MATLAMAT
2.1      Membantu meringankan bebanan waris si mati atau ahli keluarga yang ditimpa kesusahan,
2.2     Menyatukan ahli kariah Emerald East untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku sesuatu musibah atau kesukaran yang menimpa ahli kariah,
2.3       Memupuk semangat kerjasama antara ahli kariah,
2.4    Bersama menghulurkan bantuan dan sokongan ketika seseorang ahli kariah berhadapan dengan kesukaran dan musibah,
2.5       Bersama melahirkan generasi yang cemerlang.

3.0       PANDUAN
3.1      Memberi khidmat kebajikan kepada ahli kariah Emerald East, terutama semasa berlakunya kematian ke atas keluarga mereka dapat diuruskan oleh pihak Biro Kebajikan, Khariat dan Kematian Surau Al-Muhtadin dengan kadar segera.
3.2     Menggalakkan semua ahli kariah menyertai khariat kematian dengan yuran tahunan yang berpatutan serta tidak membebankan ahli jika berlaku kematian.
3.3      Ahli waris perlu menghubungi Encik Abu Bakar (017-2958722), Setiausaha Surau Al-Muhtadin atau Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhtadin dengan kadar segera, sekiranya berlaku kematian dan sila berikan maklumat sepenuhnya agar tidak melengah-lengahkan masa untuk menguruskan jenazah tersebut.

4.0       YURAN
4.1       Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:
4.1.1     Pendaftaran ahli baru sebanyak RM 10.00.
4.1.2     Yuran Tahun Pertama sebanyak RM 40.00. (Ahli baru sebanyak RM 50.00 bagi tahun  pertama, dan bagi tahun-tahun seterusnya adalah seperti Fasal 4.1.3).
4.1.3     Pembaharuan keahlian sebanyak RM 30.00.
4.1.4  Bagi mereka yang telah terputus keahliannya dikenakan yuran sebanyak RM 50.00 untuk meneruskan keahlian dan bagi tahun-tahun seterusnya adalah seperti Fasal 4.1.3.
4.2     Pengesahan keahlian adalah 2 minggu dari tarikh borang dan yuran diterima oleh Setiausaha Biro.
4.3   Ahli yang didaftarkan akan menerima resit pembayaran dan nombor menjadi ahli. Sekiranya berlaku kematian pihak waris hanya memaklumkan kepada Setiausaha atau Biro atau AJK surau atau ketua lorong yang dilantik akan nombor ahli, nama yang meninggal dunia serta alamatnya.
4.4     Kelayakan kepada ahli (menerima khidmat) ini berkuatkuasa dari tarikh  pengesahan keahlian seperti Fasal 4.2, dan tempoh layak menerima khidmat adalah selama satu tahun (mulai Januari tahun berkenaan hingga akhir Januari tahun  berikutnya). Kelewatan menghantar borang menjadi ahli, boleh menyebabkan permohonan seseorang itu ditolak.
4.5     Ahli hendaklah memaklumkan kepada Biro atau AJK Surau atau Setiausaha setiap kali bertukar alamat tempat tinggal, pertambahan ahli keluarga, musibah yang menimpa atau kecemerlangan anak-anak kariah seperti mana yang tertera.
4.6    Ahli-ahli hendaklah menjelaskan yuran Kebajikan, Khairat dan Kematian kepada AJK Biro atau Setiausaha dalam tempoh yang ditetapkan.

5.0       MANFAAT YANG DIBERI KEPADA AHLI
5.1       Bantuan Kerana Bencana 
Bantuan untuk ahli yang ditimpa bencana seperti banjir, terbakar  dan sebagainya. Bantuan maksima sebanyak RM 500.00.
5.2      Anugerah Anak Cemerlang
Anugerah berupa wang tunai untuk anak ahli yang cemerlang  dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Tahap kelayakan anugerah diberikan mengikut  kelayakan minima seperti berikut: UPSR – 5A (RM50), PMR – 6A (RM100), SPM – 7A (RM200).
5.3      Sumbangan Masuk Wad Melebihi 3 Hari 
Diberikan kepada ahli dan keluarga terdekat ahli  yang dimasukkan ke wad hospital melebihi tempoh 3 hari untuk tempoh sekali setahun sahaja walaupun sakit masuk wad berulang kali. Sumbangan berupa wang tunai, ahli RM 200.00, manakala keluarga terdekat ahli RM100.00.
5.4      Manfaat Kepada Semua Ahli Keluarga
Bantuan Khariat Kematian ini diberi kepada ahli dan pasangannya serta anak kandung dan  anak angkat yang didaftarkan di bawah jagaannya juga kepada ibu bapa serta mertua  yang  tinggal bersamanya.
5.4.1     Had umur bagi anak kandung/angkat(lelaki)
Had umur bagi anak kandung/angkat(lelaki) ialah dari lahir hingga 20 tahun dan bagi yang masih menuntut di IPT/KOLEJ sehingga 24 tahun (peringkat Ijazah). Ahli perlu menunjukkan kad pelajar anak tersebut. Bagi anak kandung/angkat perempuan pula manfaat ini diberi sehingga anak tersebut berkahwin.
5.4.2     Meninggal dunia di luar kawasan
Sekiranya ahli dan pasangan ditakdirkan meninggal dunia di luar kawasan kariah dan jenazahnya diuruskan di tempat tersebut, Pihak Biro akan memberi sumbangan sebanyak RM 840.00 (tunai) kepada waris dengan syarat salinan Sijil Kematian hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
5.4.3     Anak meninggal dunia di luar kawasan 
Sekiranya anak kepada ahli meninggal di luar kawasan kariah, umurnya 24 tahun dan sedang menuntut di IPT/KOLEJ atau 20 tahun ke bawah, jenazahnya diuruskan di tempat tersebut, Pihak Biro akan memberi sumbangan sebanyak RM 400.00 (tunai) kepada waris dengan syarat salinan Sijil Kematian diserahkan kepada Setiausaha.
5.4.4     Ibu/Bapa/mertua yang tinggal bersama ahli
Ibu/Bapa/mertua yang tinggal bersama ahli dan nama mereka ada didaftarkan dalam borang keahlian, sekiranya berlaku kematian ke atasnya, pengurusan akan diberikan seperti biasa. Jika mereka meninggal di luar kawasan kariah dan dikebumikan di tempat tersebut, Pihak Biro akan memberi wang tunai sebanyak RM 400.00 sahaja, yang lainnya ditanggung oleh pihak waris. salinan Sijil Kematian hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
5.4.5     Ibu/Bapa datang dari kampung ke rumah anaknya yang menjadi ahli
Sekiranya Ibu/Bapa datang dari kampung ke rumah anaknya yang menjadi ahli, ditakdirkan salah seorang daripadanya meninggal dunia, Pihak Biro akan menguruskan jenazah tersebut seperti biasa, tetapi ahli waris hendaklah membayar kos pengurusan jenazah kepada Pihak Biro sebanyak RM 400.00, salinan Sijil Kematian hendaklah diserahkan kepada Setiausaha oleh pihak waris.
5.4.6     Ahli kariah yang tidak menjadi ahli
Kepada ahli kariah Emerald East yang tidak menjadi ahli, sekiranya berlaku kematian, Pihak Biro akan menguruskan jenazah yang berkenaan seperti biasa, tetapi waris akan membayar kos pengurusan jenazah kepada Pihak Biro sebanyak RM 840.00 (tunai) setelah segala urusan dan masaalah yang dihadapi selesai, waris akan membuat urusan selanjutnya dengan Setiausaha.

6.0       KEAHLIAN
6.1     Kepada ahli kariah Surau Al-Muhtadin, yang tinggal tetap atau menyewa adalah digalakkan untuk menjadi ahli Biro Kebajikan, Khairat dan Kematian ini.
6.2   Keahlian adalah terbuka kepada semua penduduk Kota Emerald yang beragama Islam sama ada    warganegara atau bukan warganegara.

7.0       KADAR KOS PENGURUSAN JENAZAH TANGGUNGAN BIRO
7.1       Pengurusan Jenazah Dewasa
Penggali Kubur                                         RM 300.00
Bilal Jenazah                                            RM 120.00
Imam (Solat Jenazah dan Talkin)                RM   50.00
Peralatan Kafan                                        RM 180.00
Papan Lahat                                             RM 200.00
Penggunaan Van Jenazah                         RM   90.00
JUMLAH                                                  RM 840.00
7.2       Pengurusan Jenazah Kanak Kanak Bawah 12 Tahun
Penggali Kubur                                         RM 300.00
Bilal Jenazah                                            RM 120.00
Imam (Solat Jenazah dan Talkin)                RM   50.00
Peralatan Kafan                                        RM 120.00
Papan Lahat                                             RM 100.00
Penggunaan Van Jenazah                         RM   90.00
JUMLAH                                                  RM 780.00
7.3       Pengurusan Jenazah Bayi
Penggali Kubur                                         RM 150.00
Bilal Jenazah                                            RM   60.00
Imam (Solat Jenazah dan Talkin)               RM   50.00
Peralatan Kafan                                       RM   60.00
Penggunaan Van Jenazah                        RM   90.00
JUMLAH                                                  RM 410.00
7.4       Pengurusan Jenazah Rakyat Asing Yang Bukan Ahli
Pengurusan jenazah bagi Rakyat Asing yang bukan ahli ialah RM 1,000.00. Kos ini akan diselesaikan dengan Setiausaha Surau.
7.5       Pengurusan Jenazah OKU, Fakir Miskin Dan Tiada Pewaris 
Pengurusan jenazah orang kurang upaya (OKU), fakir miskin dan yang tidak mempunyai waris (mayat yang tidak dikenali asal usulnya) diurus oleh Pihak Surau.

8.0       PENGGUNAAN VAN JENAZAH DI LUAR KAWASAN KARIAH
8.1     Pihak Biro telah menetapkan jarak penggunaan van jenazah dalam lingkungan 30 km bayarannya RM 200.00 dan KM berikutnya ialah 50 sen untuk bukan ahli dan potongan 20% untuk ahli.
8.2    Untuk peringatan kepada ahli dan bukan ahli, sekiranya van jenazah diperlukan terlibat dalam waktu makan dan minum pemandu, waris hendaklah menentukan perkara tersebut diuruskan, begitu juga dengan perjalanan melalui tol, bayaran tol akan dibayar oleh  waris ahli.

9.0       TAHLIL ARWAH
9.1     Untuk meringankan beban waris arwah dengan kembalinya ke rahmatullah orang yang tersayang, maka pihak Surau Al-Muhtadin akan mengadakan tahlil arwah selama 3 (tiga) hari berturut-turut mulai malam selepas kembalinya ke rahmatullah.
9.2     Semua waris arwah dan muslimin serta muslimat sekelian akan dijemput hadir ke surau untuk bersama turut serta bertahlil kepada arwah yang tersayang selepas solat Maghrib.
9.3     Untuk mengelakkan dosa daripada termakan harta anak yatim, Pihak Surau menasihati agar keluarga si waris tidak menyediakan makan dan minuman untuk jemaah sama ada bertahlil di surau atau di rumah.
9.4    Pihak Surau mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat serta mendapat keredhaan daripada Allah SWT dan berada bersama orang-orang yang beriman.

Ingatan kepada kita yang masih hidup:
Terputuslah segala amalan anak Adam setelah kembali ke rahmatullah, kecuali tiga perkara:
1. Sedekah jariah (pahalanya berkekalan),
2. Ilmu yang bermanafaat yang ditinggalkan,
3. Anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakannya










No comments: