Sunday, 14 October 2012

Berita/Hebahan

KELAS MENGAJI/KULIAH AGAMA DI SURAU AL-MUHTADIN

Kelas 1:

Kelas Mengaji/Kuliah Agama yang dikendalikan oleh Ustaz Pirduan dijalankan pada malam Jumaat setiap minggu. Kelas bermula selepas Solat Isyak. Tajuk yang diajar berkaitan dengan ilmu Tauhid. Kelas PERCUMA.


Kelas 2:

Kelas Bahasa Arab yang dikendalikan oleh Ustaz Ramli berlangsung pada setiap malam Isnin dan bermula selepas Solat Isyak. Bayaran secara bulanan sebanyak RM 50.


Kelas 3:

Kelas Mengaji Iqra' untuk kanak-kanak dikendalikan oleh Ustaz Erik diadakan pada malam Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu selepas Solat Isyak. Kelas ini terbuka untuk semua kanak-kanak sama ada lelaki dan perempuan. Tiada bayaran dikenakan.



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Setiausaha Surau, En. Abu Bakar (017 295 8722) dan Pengerusi Biro Dakwah, En. Badrulhisham (013 629 6296)  

No comments: