ANAK KARIAH MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Pada tahun ini, ada kalangan anak kariah Surau Al-Muhtadin yang telah dijemput oleh Allah SWT untuk mengunjungi rumahNya, iaitu Kaabah sempena Musim Haji yang sedang berlangsung. Anak kariah yang terpilih itu ialah Dato' Abdul Rashid dan isteri dari Peridot. Mereka akan berangkat ke Tanah Suci pada 17 Oktober 2012.
Sama-samalah kita berdoa supaya mereka berdua selamat sepanjang menunaikan Rukun Islam yang kelima itu. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka juga sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Diharapkan Dato' Rashid dan isteri akan dikurniakan Haji Makbur kelak.
No comments:
Post a Comment