Berita/Hebahan
MAJLIS KORBAN
Majlis korban diadakan di pekarangan Surau al-Muhtadin pada 27 Oktober 2012, bermula jam 8 pagi. Tahun ini, sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan. Seramai hampir 30 orang telah mengambil bahagian dalam majlis korban tersebut.
Sebahagian daripada daging lembu yang telah siap dilapah itu kemudiannya disedekah kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal. Sebahagian daripadanya pula diserahkan kepada para peserta yang mengambil bahagian, manakala bakinya diagihkan kepada para penduduk melalui sistem kupon.
Jamuan makan juga disediakan oleh pihak surau. Majlis korban tersebut berakhir kira-kira jam 4.30 petang.
Pihak surau mengucapkan ribuan terima ksih kepada semua pihak yang terlibat memastikan majlis tersebit berjalan lancar.
Berita/Hebahan
SOLAT SUNAT HARI RAYA KORBAN
Jumaat, 26 Okt. - Solat sunat Hari Raya Korban pada tahun ini (2012), telah diadakan di Surau Al-Muhtadin pada hari Jumaat, 26 Nov. 2012. Acara pada pagi itu bermula sejak awal pagi dengan laungan takbir dan zikir para jemaah yang hadir. Tepat jam 8.30 pagi, solat sunat Hari Raya Korban dimulakan dengan diimamkan oleh Sdr. Erik. Kemudian, disusuli pula dengan bacaan khutbah yang juga disampaikan oleh Sdr. Erik.
Selepas solat sunat dan bacaan khutbah Hari Raya Korban, para jemaah diraikan dengan jamuan khas yang disediakan oleh pihak surau, iaitu mi rebus muar dan juadah-juadah yang lain. Kehadiran jemaah pada tahun ini dianggarkan melebihi 200 orang.
Pihak surau juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh anak kariah Kota Emerald.