Berita/Hebahan
PROGRAM SEPANJANG RAMADAN AL-MUBARAK 1433H
Bulan Ramadan kembali lagi. Seperti biasa, warga Emerald East menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Surau Al-Muhtadin juga tidak ketinggalan membuat persiapan bagi meraikan kedatangan Ramadan yang penuh berkat ini. Beberapa program telah diatur oleh Biro Dakwah dan Latihan Surau Al-Muhtadin sepanjang Ramadan kali ini. Antaranya ialah solat tarawih, Tazkirah, Tahlil, Tadarus dan Qiamulail.
Sesiapa yang berhasrat hendak mengadakan tahlil sepanjang Ramadan ini, sila dapatkan borang tahlil di surau dan kembalikannya kepada AJK surau. Kadar sumbangan adalah seperti berikut:
Sumbangan Moreh - RM150.00
Sumbangan Tahlil Arwah - RM 50.00
Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi:
Tn. Hj. Razi (Imam) - 013 3749464
En. Abu Bakar (S/U) - 017 2958722
En. Khairulrejjal (Bendahari) - 013 3973037
En. Badrul Hisham (Biro Dakwah) - 013 6296296
En. Azizan (Biro Pembangunan) - 012 3823187
Bagi anda yang ingin bertadarus sepanjang Ramadan ini, bolehlah menunaikannya di surau pada setiap malam. Program bertadarus ini dijalankan secara beramai-ramai dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu lelaki dan wanita. Ia bermula sebaik sahaja jemaah selesai menunaikan solat sunat Tarawih.
IMAM SOLAT TARAWIH
Tahun ini, Surau Al-Muhtadin telah menjemput 3 orang tahfiz untuk mengetuai solat tarawih. Dua orang daripadanya dijemput khas dari Selatan Thailand, manakala seorang tahfiz lagi merupakan penduduk tempatan. Setiap malam, mereka bertiga akan bergilir-gilir mengimamkan solat tarawih.
Solat tarawih pada tahun ini agak berbeza daripada tahun lalu. Tahun ini, solat tarawih akan diadakan sebanyak 8 rakaat bagi hari Ahad hingga hari Khamis, manakala hari Jumaat dan Sabtu pula sebanyak 20 rakaat.
Alhamdulillah, sambutan solat tarawih pada tahun ini begitu baik sehinggakan semua ruang solat telah dipenuhi jemaah. Diharapkan suasana seperti ini akan berkekalan sehingga ke akhir Ramadan nanti.
ZAKAT FITRAH
Kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang.
Bagi anda yang berhasrat hendak menjelaskan zakat fitrah masing-masing bolehlah berjumpa dengan Haji Rozi (Imam), iaitu amil yang dilantik.
Kaunter Bayaran Zakat Fitrah turut disediakan oleh pihak surau.
No comments:
Post a Comment