Monday, 7 November 2011

berita/hebahan

Berita/Hebahan 1

SOLAT SUNAT AIDIL ADHA:
SURAU AL-MUHTADIN PENUH SESAK

Ahad 6 Nov. - Walaupun kebanyakan penduduk Islam Emerald East mengambil kesempatan untuk pulang menyambut Aidil Adha di kampung halaman ekoran cuti panjang, namun sambutannya di Surau Al-Muhtadin tetap meriah. Sejak awal pagi anak-anak kariah yang tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung telah mulai memenuhi kawasan surau bagi menunaikan Solat Sunat Aidil Adha. Keadaan bertambah meriah dan ceria dengan kehadiran anak-anak rantau dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar untuk bersama-sama menunaikan solat sunat tersebut.
Solat Sunat Aidil Adha dimulakan kira-kira pukul 8.10 pagi yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Nurul Iman, Rawang. Beliau kemudiannya turut membaca khutbah sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha.
Sebelum bersurai, para jemaah telah dihidangkan dengan jamuan yang disediakan oleh pihak surau. walaupun juadahnya tidaklah sehebat seperti Hari Raya Aidil Fitri, tetapi sudah cukup untuk membuat para jemaah pulang dengan tersenyum puas.


Berita/Hebahan 2

IBADAH QURBAN MERIAH

Tahun ini sekali lagi Surau Al-Muhtadin telah dapat melaksanakan ibadah qurban dengan berjaya tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT di atas keizinanNya sehinggakan majlis ibadah qurban berjalan dengan lancar.
Upacara sembelihan lembu-lembu qurban tersebut bermula kira-kira pukul 10 pagi. Ia kemudiannya diikuti dengan kerja-kerja melapah, timbangan dan agihan kepada para peserta yang mengambil bahagian, anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan masyarakat umum.
Walaupun jumlah lembu yang diqurbankan pada tahun ini cuma 3 ekor sahaja, tetapi ia tetap meriah dan berjaya menarik perhatian anak-anak kariah dan masyarakat Islam di persekitaran Emerald East untuk turut serta. Para petugas, peserta dan orang ramai juga telah dihidangkan dengan masakan daging qurban dengan pelbaga menu sebagai juadah tengah hari.
Majlis ibadah qurban tersebut berakhir kira-kira pukul 3 petang, iaitu setelah semua daging qurban diagihkan kepada semua pihak yang berkenaan.




SOROTAN GAMBAR SEKITAR MAJLIS IBADAH QURBAN
SURAU AL-MUHTADIN 2011 (1432 HIJRAH)


























































































3 comments:

jijan said...

Tahniah kepada Biro Penerangan Surau Al-Muhtadin kerana telah menyediakan laman web ini .Tahniah juga kepada semua wargakerja SAM diatas segala aktiviti yang dijalankan.

Anonymous said...

Bila nak mula balik kelas Marhaban ?

Biro Penerangan said...

Terima kasih kerana memberi respon terhadap blog surau ini. InsyaAllah Biro Penerangan akan sentiasa cuba memberi info terkini dan secepat yang mungkin.
Berkenaan kelas marhaban, kemungkinan akan diadakan semula pada bulan Januari 2012. Buat masa ini kelas tersebut tidak dapat diadakan lagi kerana tenaga pembimbing sedang menunaikan ibadah haji.